Hari ini merupakan detik bersejarah buat kita rakyat Malaysia apabila perkhidmatan MRT laluan Sg Buloh Kajang (SBK) Fasa 1 mula beroperasi pada hari ini.
Rata-rata rakyat Malaysia dilihat teruja mencuba dan berkongsi cerita mengenai pengalaman menaiki MRT di laman sosial masing-masing dengan hashtag #JomNaikMRT.
Saya juga tidak ketinggalan mencuba perkhidmatan terbaru ini. Pengalaman menaiki MRT dari Stesen Mutiara Damansara ke Semantan dan seterusnya berpatah kembali ke Stesen Sungai Buloh merupakan satu pengalaman yang cukup menarik buat diri saya.
Berbalik kepada judul entri ini. MRT ada menyediakan perkhidmatan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Caranya:
- Naik MRT dan berhenti di Stesen MRT Semantan.
- Dari Stesen Semantan, naik bas pengantara (feeder bus) bernombor T821 terus ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Lebih cepat, mudah, selesa dan menjimatkan.
Selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment