Wednesday, October 26, 2011

Drama Korea - Scent of A Woman

Assalamualaikum wbt dan Hai semua!!! (Excited terlebih di pagi Deepavali! haha)

Saya baru dapat Drama Korea yang terbaru berjudul Scent of A Woman daripada member kamcing saya- Ramadan. Yang syoknya, ada pelakon kegemaran saya- Lee Dong Wook! Mana satu Lee Dong Wook? Ini dia:
Lee Dong Wook
Lakonan pertama beliau yang cukup berkesan melalui drama korea popular, My Girl menyebabkan saya mengagumi bakat lakonan beliau. Dalam drama terbaru ini, penghayatan lakonan beliau memang sangat menyerlah.

Ok, berbalik kepada drama korea ini, saya mula tonton drama Scent of A Woman ini pada hari Selasa. Hanya tonton 2 episod daripada 16 episod yang ada. Lagi 14 episod? 14 episod akan ditonton pada hari ini sempena cuti Deepavali. (Setakat entri ini ditulis, saya baru tonton episod ke 7)

Drama Scent of A Woman ini mengisahkan seorang perempuan 'skema + terlalu baik' yang sering dipermainkan oleh rakan-rakan sepejabatnya. Sepanjang 10 tahun dia bekerja di travel agency tersebut, dia tidak pernah mengambil cuti dan sering dibebani dengan tugasan-tugasan yang mencabar. Si gadis yang berumur 34 tahun tetapi masih belum menemui jodoh ini juga seringkali berhadapan masalah dalam melaksanakan tugasnya. (Spesies kelam kabut + malang sedikit!) Bosnya memberikan tugas untuk mencari kereta mewah yang boleh disewa untuk kegunaan Pemain Piano antarabangsa- Wilson. Sewaktu mencari kereta mewah ini, dia ternampak seorang lelaki kacak (ala-ala prince charming la konon) memandu kereta sport berwarna merah. (Sebenarnya, lelaki itu adalah Lee Dong Wook, anak kepada bos si gadis itu!) Maka, dia pun kejarlah kereta tersebut dengan menaiki teksi. Apabila sampai, ada sebuah kereta melanggar teksi yang gadis ini naiki dari belakang. Apabila diperiksa doktor di hospital, beliau dimaklumkan yang tiada kecederaan serius berlaku kepada dirinya sebaliknya sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila doktor mendapati yang dia menghidap kanser.

Si gadis masih terkejut dengan penyakit kanser yang dihidapinya. Dia merahsiakan dari pengetahuan umum dan bekerja seperti biasa. Tetapi, disebabkan beberapa masalah, dia telah dituduh mencuri cincin berharga pemain piano antarabangsa Wilson. Si gadis yang tampak berang dengan fitnah tersebut memilih untuk meletakkan jawatan di tempat dia bekerja. Memandangkan dia tahu yang dia akan mati, dia buat senari 20 Perkara Yang Aku Akan Buat Sebelum Mati.

Untuk menghilangkan stress dan melupakan seketika masalahnya, dia telah mengeluarkan duitnya yang disimpan dari bank sepanjang dia bekerja untuk buat 'make over' dan pergi bercuti di Onakawa, Jepun. Disitu, dia berjumpa lelaki kacak yang dia minati- Lee Dong Wook.

Panjang lagi ceritanya. Nanti kalau saya sudah tengok habis, saya sambung cerita ok. Apa pun, buat penggemar drama korea, Scent of A Woman dari satu sudut masih menggunakan resipi 'drama korea tipikal' iaitu Hero kacak, heroin yang sederhana cantik terpaksa bersaing dengan seorang perempuan cantik disamping si hero juga terpaksa bersaing dengan lelaki lain yang turut meminati heroinnya. haha. Cuma, ada beberapa kelainan dalam drama ini dari aspek pengolahan cerita, lagu-lagu yang lebih sedap dan perwatakan pelakon-pelakon yang tidak terlalu stereotaip. Buat penggemar My Girl, anda perlu tonton drama ini sebab ada beberapa persamaan yang sengaja diletakkan dalam drama ini. Kalau anda pernah menonton My Girl dan anda tonton drama ini, pasti anda akan tersenyum sendiri. =)

No comments:

Post a Comment