Lama tidak menulis di blog ini. Memandangkan minat saya di Facebook semakin berkurang, jadi saya fikir tindakan saya untuk kembali di arena blogging adalah satu keputusan yang baik. Banyak benda yang saya nak kongsikan bersama rakan pembaca. Kita tulis satu persatu ok!
![]() |
| Jabal Rahmah; tempat bertemunya Nabi Adam a.s. dan Hawa yang terpisah sekian lama selepas diturunkan di bumi. |
Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup, ALLAH SWT telah memilih saya untuk menjadi tetamuNYA di Makkah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Saya bertolak dari Malaysia pada 18 Januari 2013 dan pulang ke Malaysia pada 1 Februari 2013. Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya tatkala pertama kali menjejakkan kaki di bumi barakah itu. Peluang mengerjakan ibadah Umrah merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya. Semoga ALLAH SWT menerima ibadah saya dan mengabulkan setiap doa dan permintaan saya. Saya berniat untuk kembali di Tanah Haram bersama seisi keluarga kelak. Nak bawa mama, babah dan adik-adik kesana. Kalau boleh, nak ajak sekali makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya sekali. hehe. Semoga ALLAH SWT memilih kami menjadi tetamuNYA kelak. Ameen.
Officially graduated!
Alhamdulillah, Februari 2013 mencatatkan satu sejarah yang manis dalam hidup saya apabila saya secara rasminya graduate dari UIA! (
Duduk Rumah Bujang
Sebelum ni, saya tinggal di hostel. Tak pernah tinggal di rumah sewa. Bila sudah grad, mulalah melilau mencari rumah sewa. Alhamdulillah, rezeki saya baik apabila sahabat baik saya, Azree Hanifiah mengajak saya tinggal di rumah sewanya yang turut didiami beberapa orang rakan Azree. Punyalah seronok sampai dah terbayang-bayang suasana tinggal di rumah sewa tu nanti.
Hari yang dinanti pun tiba. Balik sahaja dari Umrah, terus kemas barang di UIA dan pindah ke rumah baru! Rumah bersepah kerana barang-barang pindah saya dan rakan-rakan belum dikemas lagi. Untuk hari pertama dan kedua, hanya saya dan Nik yang ada di rumah. Azree dan Azraie tidur di pejabat. Fadhil pula tidur di UIA. So, walaupun penyewa ada 5 orang, tetapi sebenarnya rasa macam 2 orang sahaja yang tinggal. Yang lain menjadikan rumah sewa ini sebagai rumah persinggahan untuk mereka tukar baju. hehe.
Setakat entri ini ditulis, saya baru seminggu duduk di rumah sewa ini. Baru beli tilam dan barang-barang asas. (
Ok, cukup dulu setakat ini. Jumpa dalam entri akan datang!
Wassalam.

No comments:
Post a Comment