Sebelum pertandingan....
Encik Crab: Spongebob, saya masuk pertandingan pancaragam tetapi saya tak cukup orang. Awak boleh tolong saya?
Spongebob: Boleh Encik Crab. Saya akan tolong Encik Crab!
-------------------------------------
Selepas menang pertandingan....
Spongebob: Encik Crab, kumpulan pancaragam kita telah menang tempat pertama!
Encik Crab: Saya memang sudah jangka wang tunai $20,000 menjadi milik saya.
Spongebob: Bagaimana dengan upah saya Encik Crab?
Encik Crab: Upah? Oh, terimalah ganjaran berbentuk pahala kerana kesungguhan awak menolong saya.
Spongebob: Tapi... Duit tu....
Encik Crab: Awak tak ikhlas ye tolong saya?
Spongebob: Bukan begitu... Urm......
..............................................................................................
Kau boleh 'Tolong' aku?
Saya
serik! Serik menghadapi situasi yang dialami Spongebob. Logiknya,
apabila kita menggunakan tenaga, idea dan kudrat seseorang untuk sesuatu
perkara yang mendatangkan keuntungan, segala tenaga, idea dan kudrat
tersebut perlulah diberi ganjaran sesuai dengan apa yang diberikan.
Tambahan pula apabila ia mendatangkan manfaat keuntungan kepada kita
dari segi material; duit.
Namun, perkara ini tidak
berlaku dikalangan sesetengah pihak yang bersikap suka mengambil
kesempatan keatas orang lain. Mereka mengerah idea, tenaga dan kudrat
orang lain atas nama 'Minta Tolong' dan bila mendapat habuan material,
mereka sahaja yang telan!
Lebih menyedihkan apabila
bilangan manusia opportunist ini semakin bertambah di sekeliling saya.
Rimas! Pandai minta tolong orang untuk bantu kerja-kerja dia. Bila kita
minta 'bahagian' kita, dibahasakan kita sebagai 'tidak ikhlas dalam
membantu'.
Kerja satu perkara, amal satu perkara
Lumrahnya,
bagi setiap mukmin melakukan semua perkara dengan niat ikhlas Kerana
ALLAH. Tetapi ia tidak menidakkan bayaran yang sepatutnya diterima oleh
orang tersebut. Kerja adalah kerja, ikhlas adalah ikhlas. Kalau semua
benda dinisbahkan sebagai 'bantuan amal' dan 'ikhlas', pekerjaan yang
mereka buat sekarang ini pun sepatutnya dilakukan tanpa sebarang bayaran
dan disandarkan pada fahaman kabur mereka tentang 'amal' dan 'ikhlas'.
Ironinya, mereka hanya pandai menjaja perkataan 'ikhlas' dan 'amal'
untuk didendangkan kepada mangsa-mangsa mereka.
Say Goodbye!
Semalam,
buat pertama kali saya belajar untuk memberi jawapan TIDAK apabila
seorang kenalan saya meminta tolong dalam urusan pekerjaan beliau.
Cukup-cukuplah 'mendoktrin' saya dengan perkataan ikhlas dan amal. Untuk
'membantunya' buat kali kedua adalah satu kesilapan besar yang tidak
akan saya ulangi.
Make it clear
Bila
difikirkan semula, kesilapan terbesar yang saya lakukan adalah
menganggap 'golongan opportunist' ini faham konsep 'Kau guna khidmat
aku, so kau bayar la!' kerana hakikatnya mereka tidak faham atau
buat-buat tak faham. Clarification between two parties sangat penting
dalam hal ini. Biar semuanya jelas dan tiada sebarang penyesalan di
kemudian hari.
Muhasabah untuk diri kita, inshaALLAH.


No comments:
Post a Comment