Judul album: Take Me Home (Limited Edition)
Artis: One Direction
Saya merupakan seorang peminat hasil karya seni. Baik dalam bentuk muzik, filem mahupun lukisan, saya menghargai hasil seni ini sebagai sesuatu yang indah untuk dinikmati. Menerima album terbaru One Direction sebagai hadiah dari Aiman pada tahun lepas nyata mengubah sudut pandang saya terhadap kualiti penghasilan karya muzik.
Susunan muzik, bass, kuat atau perlahannya vokal berbanding muzik, semuanya sempurna bagi saya. Mungkin saya bukan orang yang sesuai untuk bercakap secara akademik mengenai muzik tetapi selaku penggemar muzik, saya menilai hasil karya ini mengikut perspektif saya dan ia melepasi benchmark kepuasan muzik yang telah saya letakkan selama hari ini.
Tidak salah rasanya jika saya menyarankan agar penggiat industri muzik beli album ini dan hadam hasil karya tim produksi Take Me Home - One Direction. Saya pasti, ada sesuatu yang boleh dipelajari dan diaplikasi untuk industri muzik kita dari album ini.
:)
p/s: Sayangnya, vokal mereka tidak begitu mantap apabila membuat persembahan live. :P

No comments:
Post a Comment