Thursday, December 22, 2016

Food Review: Thai Airways - Muslim Meal


Pada hujung November 2016 saya telah bercuti ke Bangkok dengan menaiki penerbangan Thai Airways, TG 416 Kuala Lumpur (KUL) ke Bangkok (BKK).

Sebelum menaiki flight tersebut, saya telah memesan Muslim Meal sebagai hidangan yang akan saya nikmati sewaktu di dalam flight nanti. Selain Muslim Meal, Thai Airways juga ada menyediakan beberapa set hidangan lain untuk penumpang. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila rujuk laman web Thai Airways.

Muslim Meal ini apa? 

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah memastikan makanan yang dimakan adalah makanan yang halal. Di Thai Airways, mereka ada menyediakan makanan halal khas untuk penumpang beragama Islam yang menggunakan perkhidmatan mereka. Siap ada logo halal! hehe.

Jom kita tengok apa yang dihidangkan


  1. Set Nasi Khao Mok Kai atau Nasi Kuning dengan lauk dalca dan daging cincang masak kari. 
  2. Kerabu Salmon (betul ke nama ni? haha) 
  3. Apple Crumble 
  4. Air mineral 
Masa mula-mula menikmati juadah ini, rasa teruja sekali sebab rasanya memang sedap (Tambahan pada waktu tengah lapar kan?). Saya suka set nasi Khao Mok ni. Nasinya juga berbau wangi dan dihidangkan panas.

Kerabu Salmon agak biasa. Mungkin sebab kurang cuka atau rasa masam walaupun telah diperah limau. Huhu. Tapi kawan saya suka.

Paling sedap? Mestilah Apple Crumble! Memang sedap sangat! Sesuai dimakan selepas menikmati Nasi Khao Mok tersebut. Rasa epalnya memang terasa dan sampai sekarang duk terbayang-bayang kesedapan Apple Crumble tu.

Selepas selesai hidangan dinikmati, pramugara dan pramugari pun akan round untuk tanya jika kita mahukan jus atau minuman panas. Saya pun mintalah segelas jus oren. Kawan saya pula minta secawan teh panas.

Overal makanannya sedap dan menarik.

Bila penerbangan balik dari Bangkok (BKK) ke Kuala Lumpur (KUL), Thai Airways TG 417 masih hidangkan juadah yang sama untuk Muslim Meal. Saya ingatkan juadahnya berbeza. Rupanya masih sama seperti di atas. Tidak mengapa, yang penting ada Apple Crumble. hehe.

:)


No comments:

Post a Comment