Tuesday, April 23, 2013

Penat Bermain, Jom Kerja!

Sudah 3 bulan aku bercuti. Selepas grad pada bulan Februari lalu, aku memilih untuk berehat dan melakukan kerja-kerja part-time. Disamping itu, aku banyak memberi fokus kepada penjagaan kesihatan (part ni poyo!), membaca dan explore banyak perkara baru.

Penjagaan Diri
Umur semakin meningkat. Jadi sebagai persediaan, aku pun jalani beberapa rawatan tradisional seperti berbekam, akupuntur dan beberapa rawatan yang perlu dirahsiakan. haha. Alhamdulillah, rasa semakin segar, sihat dan bertenaga. Dulu sewaktu belajar, kerap juga mengalami stress. Kesannya dahi aku cepat berkerut apabila berada dalam situasi stress. Aku jalani rawatan pengurusan stress secara sendiri dengan menggunakan terapi Bacaan Ayat Al-Quran, Zikir, Aromatheraphy dan Kids Theraphy (eh, ada ke?). Ok, aku reka je Kids Theraphy tu. Memandangkan aku suka budak-budak, so aku kerap bermain dengan anak Faisal Hamdi dan kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim. Bermain dan melayani mereka merupakan satu terapi buat aku. Kadang-kadang, bila berhenti di jalan raya sewaktu lampu merah, aku kerap senyum dan lambai kepada kanak-kanak di kereta lain. Reaksi mereka? Senyum dan lambai kembali! See? Cute kan? Memang mereka adalah anugerah!

Membaca Buku Big Bad Wolf
2 judul untuk seminggu. Alhamdulillah, habis kesemua buku yang aku beli di Big Bad Wolf telah dibaca. Kebetulan, housemate aku juga peminat buku. Punyalah banyak buku-buku dia (mostly Islamic books la). Satu per satu aku baca. Memang aku suka membaca. Menghadam ilmu (adakalanya teori konspirasi yang diragui kebenarannya) memberi satu kepuasan buat aku.

Antara part-time job yang aku buat pada bulan Mac - Jadi private tutor, ajar Matematik Form 3.
Mungkin ada diantara saudara mara aku atau kawan-kawan yang mengatakan aku telah buang masa selama 3 bulan! For me, aku memang perlukan rehat ini. Alhamdulillah, dalam masa 'rehat' ini, rezeki datang mencurah-curah. Ada sahaja job yang datang bertamu dan kesemuanya adalah pemberian ALLAH SWT yang sangat aku syukuri.

Tawaran Kerja
Dalam 3 bulan ini juga aku dapat beberapa tawaran kerja tetap yang cukup lumayan. Ada tawaran sebagai PR Media, PR Artist, Marketing Executive dan beberapa tawaran lain yang memang tidak ada sangkut paut pun dengan degree LLB aku. Yang paling tak boleh blah, aku dapat tawaran urus account untuk sebuah syarikat swasta kenalan makcik aku. Kalau ikut kan, aku memang nak cuba sebab aku suka cabaran. Syarikat tersebut siap nak hantar aku training untuk aku master job scope aku. Tapi, setelah berfikir panjang, aku tolak. Well, last sekali aku buat account semasa Tingkatan 3, subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ok! Takkan la aku nak redah je kan? Jadi, aku tolak dan kembali 'bermain-main' as usual. Setakat ini, pendapatan bulanan aku pun boleh tahan.

Mula Gelabah Buat CV
Tetapi, bila tengok kalendar sudah menghampiri Mei 2013, aku mula rasa time berehat sudah habis. Jadi, aku pun mula mencapai laptop dan menaip CV. Sambil menaip CV, aku layan CD Afgan yang aku baru terima dari ASTRO! Hey, aku tak cerita lagi pasal album Afgan kan? Next entri la.

Aku harap korang dapat doakan aku supaya dipermudahkan urusan untuk membuat chambering. Semoga dapat buat chambering dengan elaun yang tinggi. hehe. :)

No comments:

Post a Comment