Sinopsis Olympus Has Fallen
An ex-Special Forces operative and former presidential bodyguard must fight to take back the White House from terrorists who have kidnapped the Commander in Chief in this high-stakes action thriller directed by Antoine Fuqua (Training Day, Shooter) and starring Gerard Butler. In the aftermath of a tragic accident involving the president (Aaron Eckhart) and the first lady (Ashley Judd), Secret Service agent Mike Banning (Butler) is handed his walking papers. When a powerful terrorist group seizes command of the White House and takes the president hostage, the entire nation watches as the Speaker of the House (Morgan Freeman) becomes the acting president, and plans his response. Meanwhile, Banning finds himself trapped in the White House as it comes under siege from all sides. With no choice but to fight back against the heavily-armed invaders, Banning must rely on his extensive knowledge of the building to rescue the president, and prevent the situation from spiraling into all-out war.
Komen:
Filem ini sedikit sebanyak memberi amaran keras kepada pihak keselamatan US yang White House boleh ditawan oleh pengganas antarabangsa dalam misi jenayah terancang. Walaupun Pentagon berusaha menghantar tentera dengan kelengkapan senjata dan peralatan canggih, namun masa 15 minit yang diambil oleh tentera untuk sampai ke White House adalah terlalu lama apabila White House telah jatuh ke tangan pengganas dalam masa 13 minit sahaja.
US memang gemar menunjukkan ketangkasan pasukan keselamatan elit mereka dalam menyelamatkan Presiden diwaktu-waktu genting. Melalui filem ini, US seakan mahu menunjukkan modus operandi mereka dalam menghadapi situasi serangan penjenayah dari aspek politik, undang-undang dan juga ketenteraan. Seperti filem The Dark Knight Rises, pengarah cuba memaparkan situasi paling getir dan kekalahan paling teruk yang dialami oleh pihak US. Disaat kekalahan demi kekalahan dialami, akhirnya watak hero (bekas pegawai keselamatan khas Presiden) dilonjakkan melalui babak-babak kemenangan dan usaha beliau menawan kembali White House.
Kalau anda pernah tonton The Air Force One, anda pasti akan teringat beberapa babak penting dalam cerita tersebut.
Ini adalah filem pertama US selepas kejadian 9/11 yang tidak memaparkan orang Islam sebagai watak pengganas. (Kalau tidak, semua watak pengganas dinisbahkan kepada orang Islam!)
Presiden Yang Lemah
Saya agak terkejut apabila Presiden US dalam filem ini kelihatan lemah dan mudah bertolak ansur selepas beberapa siri tekanan mental dan psikologi dilakukan keatasnya dan pegawai-pegawainya. Saya lebih beranggapan yang Presiden US sepatutnya kuat secara mental untuk hadapi siri-siri tekanan yang dilakukan penjenayah. Tambahan pula, tekanan tersebut dilakukan keatas pegawainya yang tidak langsung melibatkan dirinya mahupun anaknya. Mungkin pengarah cuba menunjukkan sifat belas kasihan Presiden keatas pegawai-pegawainya sehingga satu persatu kod rahsia ketenteraan dibocorkan kepada pengganas. Presiden US juga dilihat alpa apabila melanggar protokol membenarkan orang luar (Perdana Menteri Korea dan rombongan) masuk ke bilik kebal keselamatan Presiden yang dianggap sulit.
Macam Mana Pengganas Dapat Senjata Canggih?
Saya juga tertanya-tanya bagaimana pengganas boleh memiliki senjata canggih untuk melakukan serangan keatas White House walhal kita sedia maklum polisi keselamatan dan pemeriksaan yang ketat oleh pihak imigresen US keatas pelancong-pelancong termasuk orang yang mencurigakan. Sekali lagi, perkara ini mungkin tidak mustahil jika pengganas ini mendapat senjata melalui pengkhianat US sendiri.
Morgan Freeman, Legend Yang Superb!
Selaian Gerard Butler (bekas agen rahsia Presiden) dan Aaron Eckhart (Presiden), pelakon tersohor Morgan Freeman yang memegang watak Speaker Dewan (yang menjadi Acting President sewaktu krisis) merupakan penguat filem ini. Selaku legend yang tersohor di Hollywood, karisma beliau melalui watak speaker sungguh menyerlah dan mengagumkan.
Skor?
3.5 daripada 5 bintang. Saya puas menonton filem ini.
Iktibar Buat Malaysia dan Negara-Negara Lain
Filem ini turut memberi peringatan kepada kita di Malaysia bahawa pengganas luar negara boleh menyerang negara kita pada bila-bila masa melalui orang mereka yang berada di dalam Malaysia (sebagai pelancong, pendatang tanpa izin ataupun pekerja asing). Bukanlah niat untuk menakut-nakutkan, tetapi setiap negara wajar mengambil iktibar dan bersiap siaga menghadapi apa jua kemungkinan. Selaku rakyat biasa, saya khuatir dengan risiko serangan pengganas yang menyerang dari dalam terutama dikalangan mereka yang diberi Mykad secara berleluasa. (Rujuk kes pemberian Mykad kepada warga asing)
Apa pun, saya optimis dengan pasukan keselamatan kita yang terdiri daripada tentera, komando, special branch dan polis. Mereka adalah hero saya! :)



No comments:
Post a Comment