Tuesday, June 25, 2013
Emas Oh Emas!
Minat saya kepada emas bermula sewaktu saya di sekolah menengah. Ia timbul setelah saya menonton filem Harry Potter and The Sorcerer's Stone. Dalam filem tersebut, ada babak dimana Hagrid bawa Harry Potter ke bank untuk melihat syiling emas peninggalan mak ayah Harry. Sejak itu, saya menyimpan minat untuk memiliki dan mengumpul emas.
Beberapa tahun kebelakangan ini, industri emas di Malaysia mula berkembang pesat setelah muncul beberapa syarikat yang aktif menjual beli emas dan perak dalam bentuk bar mahupun syiling. Saya memang teruja. Lama saya memerhati pasaran ini. Saya sempat membeli beberapa Dirham (perak) sebagai simpanan memandangkan saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli Dinar (Emas).
Setelah lama mengikuti secara dekat pasaran emas perak, akhirnya satu hari, saya terbaca tawaran menjadi agen Public Gold yang disiarkan oleh sahabat saya, Hilmi. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang!
Terus saya tawarkan diri. Tiada yuran dikenakan kerana Hilmi sekeluarga memang berniat untuk membantu sesiapa yang berminat dengan serius jalan urusan jual beli emas perak. Alhamdulillah, sekarang saya agen Public Gold. Bolehlah mula mengumpul duit untuk beli emas pertama saya. Dalam masa yang sama, membantu rakan-rakan yang berminat untuk beli emas.
Saya beli emas untuk simpanan. Saya tidak risau jika satu hari nanti syarikat Public Gold ini tutup kerana tujuan utama saya untuk menyimpan, bukan untuk pelaburan semata. Emas tetap emas. Kemana sahaja saya pergi, emas tetap diterima oleh masyarakat dunia.
Cuma, ingin saya tekankan disini, kalaupun saya membeli emas kelak, saya tidak akan menyimpan emas sahaja. Sebaliknya, saya turut akan menyimpan wang tunai dan beberapa bentuk aset lain. Saya tidak akan menghalakan seluruh duit saya dan simpanan saya kepada emas sahaja. Ini dipanggil mempelbagaikan bentuk simpanan dan aset. :)
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama menyimpan emas dan perak, anda boleh hubungi saya.
p/s: Kalau sempat beli dinar sebelum kahwin, boleh jadikan dinar sebagai mahar kepada bakal isteri. :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment