Another version of Hanazakari No Kimitachi. Selepas versi Jepun dan Taiwan, kali ini Korea pula cuba mengadaptasi drama popular ini mengikut corak mereka. Mempertaruhkan hero yang kacak (
Dari segi pengolahan cerita, saya lebih suka versi Jepun! hehe. Tetapi, dari segi penghayatan watak hero dan heroin, saya lebih memilih versi Korea ini.
Drama For You The Full Blossom mengisahkan seorang pelajar perempuan yang menyamar menjadi lelaki di sebuah sekolah lelaki di Korea. Berlindung disebalik dokumen palsu sebagai transfered student, Jay berjaya mengaburi mata pihak sekolah dan pelajar-pelajar mengenai identiti sebenar dirinya. Jay gembira apabila mendapat tahu yang dia sekelas dan sebilik dengan Tae Joon (hero) yang sudah hilang semangat untuk melibatkan diri dalam sukan lompat tinggi.
Selepas didorong oleh Jay, akhirnya Tae Joon melibatkan diri semula dalam sukan tersebut. Dalam masa yang sama, dia mula jatuh cinta pada Jay selepas mendapat tahu Jay seorang pelajar perempuan.
Memang best cerita ini. Tak rugi menonton drama ini. Walaupun lagu-lagu latarnya tidaklah begitu menyengat, tetapi disebabkan penghayatan watak yang baik menyebabkan saya pejam mata sahaja untuk lagu-lagu yang tak se'touching' drama.
Terima kasih kepada Redza yang recommend drama ini. :)
Selamat menonton semua!


No comments:
Post a Comment