Wednesday, June 12, 2013

Random II

Bersawang seketika blog sejak kebelakangan ini.

Bisnes Buku
Alhamdulillah, tempahan buku semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Syukur alhamdulillah. Semalam sahaja, saya dapat order 53 buah buku PTS dari seorang pelanggan. Sekarang, saya dalam perancangan membodek Penerbit Hidayah untuk naikkan peratus diskaun kepada saya. Harap-harap mereka naikkan. Seperti biasa buku PTS mendapat tempahan paling tinggi. Disamping berbisnes, saya memang gemar mendorong orang sekeliling saya untuk menambahkan ilmu. Justeru, saya kerap mencadangkan judul buku yang bagus-bagus kepada mereka sebagai bahan bacaan. Pahala berbisnes dapat, pahala menggalakkan orang menuntut ilmu pun dapat. hehe. (Ye la, takkan nak untung dunia sahaja. Untung akhirat pun penting juga)

Drama Korea Lagi!
Mulanya saya sudah tidak mahu lagi melayani drama korea kerana khuatir mengalami ketagihan yang terlampau! haha. Almaklumlah, drama korea selalunya ada 16 episod dan keatas. Tetapi, baru-baru ini terjumpa sebuah drama korea yang sangat best! Hasil recommend oleh Redza. Hanazakari versi korea! Judulnya For You The Full Blossom. Pelakon pun comel dan sengal! Apa lagi, episod demi episod la. :P

Tolong Member
Saya boleh kategorikan 2 minggu ini adalah minggu memberi pertolongan. Seorang demi seorang rakan saya datang meminta pertolongan. Baik dari segi duit, masa dan juga pertolongan lain. Sebagai kawan, saya hanya mampu tolong yang termampu. Selebihnya, saya serah kepada ALLAH SWT untuk mudahkan urusan mereka.

Rindu pula kepada keluarga tersayang di Ipoh. Tambahan pula, ada beberapa resipi yang belum saya buat untuk famili. Plan nak balik kampung bila-bila masa dari sekarang. Semoga urusan saya dipermudahkan. Ameen.

No comments:

Post a Comment